Syria gagalkan serangan udara Israel

Iklan
Seorang lelaki membersihkan serpihan akibat serangan udara Israel di daerah Kafr Sousa, Damsyik. - AFP

DAMSYIK - Kementerian Pertahanan Syria memaklumkan bahawa Israel telah melancarkan serangan yang menyasarkan kawasan berhampiran Damsyik, namun berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udaranya.

"Musuh Israel melancarkan serangan udara dari arah Golan Syria yang diduduki, menyasarkan beberapa tapak di kawasan luar bandar Damsyik.

Iklan
Iklan

"Pertahanan udara kami bertindak balas terhadap peluru berpandu pencerobohan dan menembak jatuh kebanyakannya," menurutnya dalam kenyataan.

Seorang wartawan AFP di ibu negara Syria turut mendengar letupan diikuti dengan siren ambulans.

Iklan

Sementara itu, pemantau perang, Syrian Observatory for Human Rights berkata, serangan tersebut membunuh dua pejuang pro-Hizbullah Syria dan ia menyasarkan tapak kumpulan yang disokong Iran termasuk Hizbullah Lubnan berpangkalan di dua lokasi berhampiran sini.

Ketika ditanya mengenai serangan itu, tentera Israel enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Iklan

Sejak perang saudara bermula pada tahun 2011, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara yang menyasarkan pasukan pro-Iran, Hizbullah dan tentera Syria.

Serangan ini meningkat berkali ganda selepas konflik Hamas-Israel yang kini memasuki lima bulan sehingga mengorbankan 30,000 penduduk awam Palestin. - AFP