New Zealand namakan Hamas sebagai 'entiti pengganas'

Iklan
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon. Foto AFP

WELLINGTON - New Zealand pada Khamis menjadi salah sebuah negara terakhir Barat yang menamakan kumpulan Hamas sebagai 'entiti pengganas' dengan mengatakan serangan 7 Oktober 2023 telah menjejaskan tanggapan terhadap sayap politik dan ketenteraan di negaranya.

"Organisasi itu secara keseluruhan bertanggungjawab ke atas serangan baru-baru ini," kata kerajaan yang mengumumkan langkah itu serta membekukan aset Hamas di New Zealand dan larangan memberikan sokongan material.

Iklan
Iklan

"Serangan Hamas pada Oktober 2023 adalah kejam dan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan kumpulan itu," kata Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dalam satu kenyataan.

Luxon menegaskan penamaan mengenai Hamas tidak memberi gambaran terhadap rakyat Palestin di Gaza dan seluruh dunia.

Iklan

"Penetapan itu tidak menghalang New Zealand menyediakan bantuan kemanusiaan dan pembangunan untuk memberi manfaat kepada penduduk di Gaza pada masa depan.

Sejak tahun 2010, New Zealand menetapkan Briged Al-Qasam, sayap tentera Hamas sebagai entiti pengganas.

Iklan

Beberapa tokoh politik New Zealand berhujah bahawa sebutan 'pengganas' Hamas harus diberikan kepada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kempen pengeboman Gaza selama berbulan-bulan yang telah membunuh hampir 30,000 orang. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28