KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan di Syria pada pertemuan dengan Setiausaha Agung Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), Jagan Chapagain.
Menerusi hantaran di X, Kementerian Luar berkata, pertemuan itu diadakan di luar Segmen Peringkat Tinggi Sidang ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia di ibu pejabat Eropah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.
Iklan
Iklan
Mohamad berkongsi bahawa Malaysia telah menyalurkan bantuan sebanyak AS$999,975 kepada Syrian Association of the Red Cross melalui IFRC, menekankan komitmen negara dalam membantu mereka yang memerlukan.
Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai cara efektif dalam meningkatkan akses bantuan kemanusiaan di Gaza dan bersetuju bahawa gencatan senjata adalah kunci untuk usaha kemanusiaan yang berkesan di rantau itu.
Selain itu, Timbalan Menteri Luar dan Setiausaha Agung menyatakan keyakinan mengenai kerjasama masa depan, khususnya meneroka potensi kerjasama strategik antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan IFRC. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Artikel Berkaitan