Pemandu wanita langgar kenderaan ketika keluar parkir disiasat

Iklan
Video tular di media sosial memaparkan sebuah kereta melanggar beberapa buah kenderaan ketika keluar dari parkir pada Rabu.

KLANG - Polis menyiasat tindakan seorang pemandu wanita yang melanggar beberapa kenderaan ketika keluar dari parkir dalam kejadian di tepi Jalan Padang arah Jalan Bukit Kapar 1 di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian yang didapati tular menerusi media sosial itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kejadian melibatkan sebuah kenderaan dipandu seorang wanita berumur 28 tahun dipercayai tertekan padel minyak ketika hendak keluar dari petak parkir.

Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Iklan

"Siasatan berhubung kejadian dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Low Wee Hong di talian 017-6747946," katanya.

Iklan

Pada Rabu, tular video di media sosial memaparkan sebuah kereta melanggar beberapa buah kenderaan lain ketika keluar dari parkir.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28