Lebih 200 pelajar miskin teruja beli kelengkapan sekolah

Iklan
Pelajar dan ibu bapa yang turut serta dalam Program Back2School oleh Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad.

SHAH ALAM - Lebih 200 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan diraikan dalam Program Back2School oleh Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei bagi membeli kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, beg dan kasut.

Pengarah Perhubungan Awam, Komunikasi dan Kelestariannya, Khairul Anwar Ab Gahani, berkata, program itu mencerminkan komitmen kukuh pihaknya dalam membawa perubahan ketara terhadap kehidupan kumpulan yang memerlukan.

Iklan
Iklan

"Kami percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan berserta kelengkapan sekolah untuk berjaya.

"Saya berharap ia dapat meringankan beban kewangan dihadapi keluarga kurang berkemampuan dalam menyediakan barangan keperluan persekolahan yang baru serta menyuntik semangat buat mereka bagi memulakan sesi pembelajaran di sekolah," katanya ketika majlis pelancaran program tersebut di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad.

Iklan
Ibu bapa membantu anak-anak memilih pakaian sekolah.

Tambah Khairul Anwar, program berkenaan dijayakan dengan kerjasama Empire Project, Yayasan Ikhlas, Yayasan Bena Nusa, pemegang taruh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sokongan AEON BiG yang kesemuanya berkongsi komitmen teguh dengan Coca-Cola Bottlers Malaysia untuk memperkasakan komuniti.

Kata beliau, pihaknya komited dalam memupuk semangat inovasi dan kerjasama dalam usaha untuk menyokong komuniti setempat.

Iklan

Jelasnya, menerusi kerjasama dengan NGO dan pemegang taruh kerajaan di seluruh Malaysia, Coca-Cola Bottlers Malaysia berhasrat untuk mengembangkan usahanya bagi membawa perubahan yang bermakna dalam kehidupan lebih ramai individu.

Pelancaran Program Back2School oleh Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad.

"Komitmen itu merangkumi pemberian kad hadiah AEON BiG dan pengagihan barangan keperluan sekolah seperti beg, pakaian seragam serta alat tulis kepada komuniti kurang berkemampuan di seluruh negara.

"Program ini adalah salah satu inisiatif Acts of Kindness Coca-Cola Malaysia yang bermatlamat untuk mewujudkan impak positif di dalam komuniti tempatan," ujarnya.

Kata Khairul Anwar, di bawah program berkenaan pihaknya bekerjasama dengan pelbagai pemegang taruh dan rakan kongsi menerusi inisiatif penglibatan komuniti seperti pengagihan bantuan makanan serta banjir di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia bersama komuniti tempatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28