CUCKOO raih lebih banyak sokongan rakyat Malaysia

Iklan
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon (KC Hoe) (tengah) menerima anugerah perak CUCKOO International di Anugerah Putra Brand 2023.

Lanjutkan kemenangan di Putra Brand Awards 2023 dengan dua perak

KUALA LUMPUR – Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. ("CUCKOO International”,"Kumpulan”) menerusi jenama CUCKOO telah merangkul dua anugerah perak bagi kategori ‘Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar’ (Personal, Household & Outdoor Appliances) dan ‘Produk & Kedai Pembaikan Rumah’ (Home Improvement Products & Stores) di Anugerah Putra Brand 2023 baru-baru ini.

Kemenangan yang diraih merupakan hasil undian pengguna, dan seterusnya mencerminkan kepercayaan dan sokongan pengguna yang lebih besar dalam jenama itu apabila CUCKOO berjaya melakar keputusan yang lebih baik dari anugerah gangsa pada tahun 2022 kepada dua anugerah perak.

Iklan
Iklan

Mengulas dua kemenangan luar biasa tersebut, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, pihaknya sangat gembira kerana usaha berterusan dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia menerapkan kesihatan ke dalam kediaman mereka telah membolehkan CUCKOO meraihkan dua kemenangan luar biasa ini.

"Ia merupakan sebuah pencapaian yang bersignifikasi kerana ia merupakan kemenangan tahun kedua berturut-turut dan juga pencapaian yang lebih baik dari anugerah gangsa ke perak.

Iklan

"Ini merupakan sebuah pengiktirafan usaha kami dan juga mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai antara jenama Pencipta Rumah Sihat (Healthy Home Creator) terunggul di Malaysia.

"Ia juga konsisten dengan komitmen kami untuk senantiasa melangkaui batasan (Beyond Standards) dalam usaha kami untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai Rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier,” katanya.

Iklan

Jelas beliau, kedua-dua kemenangan Anugerah Putra Brand ini menambah senarai panjang pengiktirafan yang diraih oleh jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) tersebut pada tahun 2023, termasuk anugerah berkaitan dengan kecemerlangan bisnes, pemasaran mahupun sumber manusia.

Selain daripada pencapaian-pencapaian yang diraihkan, CUCKOO International pada tahun 2023 juga telah giat berinovasi bagi meluaskan lagi portfolio solusi Kediaman Sihatnya termasuk pelancaran dua penapis air, dua penapis udara, rangkaian kerusi urut pertamanya dan tilam baharu.

Kumpulan tersebut juga telah berjaya meningkatkan lagi interaksi bersama Rakyat Malaysia melalui pelancaran kempen yang menarik, seperti kempen Ramadan-Raya ‘Lawan Lesu Dengan CUCKOO’, dan peraduan pengguna terbesarnya, ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ yang telah tamat dengan berjaya baru-baru ini pada bulan Januari.

CUCKOO merangkul dua anugerah perak bagi kategori ‘Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar’ (Personal, Household & Outdoor Appliances) dan ‘Produk & Kedai Pembaikan Rumah’ (Home Improvement Products & Stores) di Anugerah Putra Brand 2023 baru-baru ini.

Jelas KC Hoe lagi, pencapaian-pencapaiannya merupakan bukti usaha kumpulan untuk mengejar kecemerlangan dan membolehkan mereka mencapai pendapatan RM1.117 billion (jumlah pendapatan kumpulan belum diaudit) pada tahun 2023 dan seterusnya mencatat pendapatan lebih daripada RM1 billion bagi empat tahun berturut-turut.

"Komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian kediaman sihat holistik dan membina hubungan yang lebih mendalam telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) yang terunggul.

"Kami percaya bahawa ia telah membina asas yang kukuh yang akan membolehkan tahun 2024 menjadi lebih hebat dan menarik, apa lagi apabila kami akan menyambut pencapaian 10 tahun mencipta Kediaman Sihat dan usaha memberi inspirasi untuk lebih ramai Rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.

"Apabila kami meraikan semua pengiktirafan yang diterima, kami juga terdorong untuk melakukan lebih banyak lagi bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat. Kami akan meneruskan pendekatan mengutamakan pelanggan kami yang telah membolehkan kami memahami keperluan pengguna dan menghadapi pelbagai cabaran untuk bangkit menjadi sebagai antara jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) yang terunggul di Malaysia.

Ujar beliau, usaha ini akan diteruskan lebih-lebih lagi dalam menghadapi persekitaran pasaran yang dinamik semasa, tidak kira dalam membekalkan produk mahupun servis yang melangkaui batasan (Beyond Standards) untuk kekal relevan dan berdaya tahan supaya dapat terus menjadi sebuah jenama isi rumah.

Anugerah Putra Brand yang juga dikenali sebagai anugerah pilihan rakyat merupakan anugerah anjuran Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia.

Anugerah ini yang disahkan MATRADE dianjurkan untuk mengiktirafkan jenama-jenama yang telah berjaya menghubung dan membina hubungan kukuh dengan pengguna. Pemenang Anugerah Putra Brand 2023 telah diundi oleh lebih 11,000 pengguna Malaysia sepanjang 8 minggu dalam tinjauan pengguna yang melibatkan 24 kategori produk dan perkhidmatan berbeza.