Jangan derhaka titah Yang di-Pertuan Agong

Iklan
Deva

JOHOR BAHRU - Semua pihak perlu akur dan tidak menderhaka titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan menghormati dan tidak mencetuskan ketidakstabilan politik sekali gus menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Angkatan India Setia Johor (AISJ), S Deva berkata, semua pihak perlu berhenti bermain politik dan mematuhi titah baginda dengan hati terbuka demi kepentingan rakyat dan negara.

Iklan
Iklan

"Janganlah asyik berpolitik ataupun cepat melatah hingga sanggup bertindak di luar adab orang Malaysia dengan mengeluarkan kenyataan terbuka yang menderhaka terhadap titah baginda dan seolah-olah seperti mahu mengajar baginda mengenai apa itu Perlembagaan Persekutuan.

"Sebagai wakil rakyat yang rasional, janganlah hanya ambil titah baginda daripada sudut perspektif demi agenda politik semata-semata,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada Isnin, semasa perasmian persidangan baharu Dewan Rakyat, baginda bertitah semua orang harus menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

Baginda bertitah tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik negara.

Iklan

Susulan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyatakan tidak setujunya dan menyatakan pendapat bahawa baginda mesti mematuhi peruntukan Perlembagaan dan tidak mengikut ‘selera dan sentimen peribadi.’

Hassan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan, bukan raja mutlak.

Mengulas lanjut, Deva berkata, AISJ menyeru semua rakyat agar menjunjung serta memahami maksud dan intipati titah baginda itu secara keseluruhan dan bukan diambil sebahagian sahaja.

Beliau percaya Sultan Ibrahim adalah pemimpin tertinggi yang boleh rakyat harapkan untuk menerajui negara ketika ramai pemimpin politik ketika ini semakin tersasar dari landasan yang benar.

"Sepatutnya kita mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum, bangsa dan lapisan etnik di negara kita ini,” ujar beliau.

Justeru katanya, diharapkan setiap ahli Parlimen daripada blok kerajaan mahupun pembangkang untuk tidak mempersoalkan sebaliknya akur dengan titah Sultan Ibrahim.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28