[INTERVIU] Palestin di ambang kemusnahan?

Iklan
Pencabulan hak asasi manusia rejim Zionis terhadap penduduk Gaza sejak Oktober tahun lalu hingga kini memakan korban melebihi 29,000 nyawa termasuk lebih 10,000 kanak-kanak dan 7,000 wanita.

Desakan masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia terus dilancarkan antaranya lewat tindakan perundangan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), juga lawatan Ahli Parlimen ke sempadan lintasan Rafah.

Apakah nasib negara Palestin dan rakyatnya? Akan berlakukah jeda kemanusiaan menjelang Ramadan tidak lama lagi? Apa bantuan yang boleh kita sumbangkan?