Permohonan turun kandungan media sosial lindungi rakyat daripada maklumat yang salah

Iklan
Teo Nie Ching. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebarang permohonan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan di media sosial dibuat untuk melindungi rakyat daripada dipengaruhi maklumat yang salah.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerajaan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap akaun media sosial mana-mana individu termasuk ahli politik pembangkang yang mengkritik kerajaan.

Iklan
Iklan

"(Tetapi) kalau dikatakan semua kandungan yang diturunkan adalah kerana mengkritik kerajaan, Yang Berhormat Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) muat naik video di TikTok dan kritik saya, kenapa saya tak minta TikTok untuk turun ataupun sekat akaun dia?

"Banyak lagi akaun yang dimiliki ahli Parlimen pembangkang masih boleh akses di TikTok seperti Ahli Parlimen Putrajaya (Datuk Dr Radzi Jidin) yang Muar cakap akaun Putrajaya telah disekat di TikTok (sedangkan) akaun TikTok Putrajaya masih di sana," katanya.

Iklan

Teo berkata demikian dalam jawapan kepada ucapan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) mengenai mengapa seolah-olah wujud dwistandard daripada kerajaan terhadap kandungan media serta mengapa tiada tindakan keras daripada kementerian terhadap ucapan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bersifat provokasi pada sesi kamar khas Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tidak berkompromi terhadap segala bentuk anasir dan provokasi agama serta perkauman.

Iklan

Menurutnya tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan provokasi berkaitan isu sensitif khususnya agama dan kaum. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28