Liga-M: Sabah FC, Lotto perkukuhkan kerjasama pintar

Iklan
Mohd Joh menyerahkan dokumen kerjasama pintar Sabah FC dengan Lotto kepada Amirul Syafiq di Kota Kinabalu pada Khamis.

GERGASI Liga Super, Sabah FC meneruskan perkongsian pintar bersama pengendali jenama sukan terkenal, Lotto dalam mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Pengarahnya, Mohd Joh Wid berkata, penyambungan kerjasama kedua-dua pihak adalah pilihan yang termaktub dalam perjanjian ditandatangani antara Sabah FC dan Lotto pada 2021.

Iklan
Iklan

"Saya yakin reka bentuk, kualiti dan pemilihan fabrik yang dipilih oleh Lotto amat sesuai dengan cuaca dan citarasa para penyokong dan peminat Sabah FC.

"Saya berharap jersi yang digunakan Sabah FC untuk kempen musim 2024/25 akan terus mendapat sambutan penyokong dan peminat seperti tahun-tahun lalu," katanya pada Khamis.

Iklan

"Sabah FC-Lotto telah bekerjasama sejak 2021 dan sedang membincangkan hubungan jangka pendek serta panjang yang akan membawa kedua-dua jenama ke tahap yang lebih tinggi

"Banyak kejayaan yang dilakar Sabah FC dalam masa yang singkat dan berharap kerjasama ini akan dapat diteruskan," ujarnya.

Iklan

Sebagai rekod, sejak Datuk Ong Kim Swee dilantik pengendali Sabah FC penghujung 2021, kelab itu telah mencapai tahap yang membanggakan apabila menamatkan saingan ketiga Liga Super 2022 dan berjaya mara sehingga ke suku akhir Piala FA, buat kali pertama sejak 2007.

Musim 2023, Sabah FC menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super dan mara ke suku akhir Piala FA, suku akhir Piala Malaysia dan separuh akhir Zon Asean Piala AFC.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28