Kastam rampas kain sarung import bernilai RM1.64 juta

Iklan

BERITA SEMASA 29 FEBRUARI 2024

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas kain sarung import bernilai hampir RM1.64 juta dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jalan Kolombong, Kota Kinabalu pada bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Iklan
Iklan

Kain sarung diisi dalam 439 guni yang diimport masuk dari China itu dirampas oleh Pasukan Tempur Operasi Medan JKDM (Cobra) selepas didapati ia diisytiharkan sebagai barang lain dalam borang kastam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, dalam serbuan 5 Januari kira-kira jam 5 petang itu, penguat kuasa menemui guni yang mengandungi kain sarung disyaki tertakluk dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651989/berita/semasa/kastam-rampas-kain-sarung-import-bernilai-rm164-juta

Muzik: www.bensound.com

Iklan

#SinarHarian #BeritaSemasa #kainsarung #import