PUTRAJAYA - Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadualkan bermula 1 Januari 2020 ditangguhkan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman ketika membuat pengumuman itu berkata, penangguhan dibuat sehingga satu kajian semula dilaksanakan dengan pihak yang berkaitan dan diputuskan Jemaah Menteri.