Jawatankuasa disiplin PKR siasat Zuraida hina pemimpin

Iklan
Saifuddin Nasution (tiga, kiri) menunjukkan bawang merah dijual dengan harga murah di Pasar Raya TF Value-Mart cawangan Balik Pulau selepas merasmikan pasaraya syarikat TF Value-Mart Sdn Bhd hari ini. - Foto Bernama

BALIK PULAU - Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan bahawa aduan terhadap Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, Jawatankuasa Disiplin PKR yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Kasim sudah menerima aduan tersebut dan kini sedang meneliti kes itu.

Iklan
Iklan

"PKR akan serah sepenuhnya di bawah mandat Jawatankuasa Disiplin untuk membuat keputusan akhir. Sebarang keputusan akan ditentukan kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya TF Value-Mart yang pertama di Pulau Pinang di sini.

Pada Disember lalu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti ketika berucap pada majlis makan malam 'Wawasan Kemakmuran Bersama' di Kuala Lumpur.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar perlu masa untuk bertenang, kata Zuraida

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkembangan proses siasatan kes itu sama ada proses pendengaran telah selesai atau sebaliknya.

Iklan

Bagaimanapun, menurutnya keputusan siasatan itu bergantung kepada fakta kes sebelum sebarang keputusan boleh diputuskan.

"Tindakan disiplin yang boleh diambil sekiranya terbukti bersalah sama ada amaran, gantung atau pecat daripada parti,” katanya. - Bernama