Pemandu bas hisap rokok ketika isi minyak dilaporkan kepada KPDN

Iklan
Tangkap layar video tular yang merakam tindakan pemandu bas mengisi minyak sambil merokok di sebuah stesen minyak di Behrang. Foto Ihsan pembaca

TANJUNG MALIM - Tindakan pemandu bas merokok ketika mengisi minyak yang videonya tular di media sosial sejak Isnin lalu telah dilaporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, semakan mendapati kejadian itu berlaku pada Ahad lalu di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Behrang.

Iklan
Iklan

"Kesalahan yang dilakukan boleh diambil tindakan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Hasni berkata, pihak polis memandang serius tentang kejadian terbabit dan orang ramai dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan larangan terutama stesen minyak yang boleh menyebabkan kecederaan, bencana serta membahayakan nyawa.

Iklan
Iklan