Jaga fizikal, diet seimbang bantu panjangkan hayat manusia

Iklan
Senaman fizikal perlu dilakukan secara konsisten adalah kunci utama mendapatkan gaya hidup sihat. (Gambar kecil: Mohammad Farhan) Gambar hiasan

SHAH ALAM - Penjagaan kesihatan fizikal, mental dan diet seimbang dapat membantu memanjangkan jangka hayat manusia, sama ada yang tinggal di bandar mahupun kawasan luar bandar.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohammad Farhan Rusli berkata, apabila badan dalam keadaan sihat dan ceria, hormon manusia akan memberi tindak balas positif.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengambilan nutrisi yang mencukupi dan aktiviti fizikal secara konsisten turut mempengaruhi jangka hayat manusia.

"Ada beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa jangka hayat manusia bergantung kepada perasaan gembira dan pemikiran positif kerana ia akan mempengaruhi keadaan fisiologi yang lebih sihat.

Iklan

"Senaman fizikal juga perlu dilakukan secara konsisten seperti berjalan 10,000 langkah setiap hari adalah kunci utama mendapatkan gaya hidup sihat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim yang memberitahu wanita Kelantan sinonim murah dengan senyuman selain memiliki purata jangka hayat yang lebih panjang iaitu 74.8 tahun berbanding lelaki 69.5 tahun.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohammad Farhan berkata, walaupun faktor persekitaran juga memainkan peranan terhadap kesihatan mental dan fizikal individu, namun ia bukan punca utama jangka hayat manusia menjadi pendek.

Tambah beliau, kesihatan mental perlu ditangani dengan baik kerana ia mampu berevolusi sehingga mengakibatkan kemudaratan dari segi fizikal.

"Jika kita ada pemikiran yang positif, ada gaya hidup yang sihat, tidak kisah sama ada tinggal di luar bandar atau bandar, insya-ALLAH ia akan menurunkan risiko kita daripada jangka hayat yang pendek.

"Kualiti kehidupan itu adalah lebih utama tidak kira sama ada jangka hayat kita lama atau pendek, yang penting sihat tubuh badan dan bebas bergerak dari hari ke hari,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28