KEB 2024: Beri idea, bukan sekadar hadir kongres
Iklan
SHAH ALAM - Dewan Profesional Bumiputera Malaysia menggesa menteri-menteri bukan bumiputera yang menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 agar diberi ruang membentang kertas kerja memperkasakan ekonomi kaum bumiputera tanpa melihatnya dari sudut perkauman.
Presidennya, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif berkata, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mahukan KEB 2024 dilaksanakan secara inklusif, menteri-menteri bukan bumiputera yang hadir perlu ada sifat patriotik untuk sama-sama membangunkan ekonomi kaum lain secara bersepadu.