Reformasi pembangunan pendidikan
PADA 29 Februari 2024 ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Rakyat, saya mengingatkan tiga kementerian teraju iaitu pendidikan, pengajian tinggi dan sumber manusia akan ucapan dan persoalan saya di dewan yang mulia ini iaitu perlunya digerakkan Reformasi Pendidikan.
Malangnya sehingga tarikh ucapan ini, ia belum dijawab atau ditangani sewajarnya. Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ia meliputi falsafah, dasar, undang-undang, ekosistem, kurikulum, Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TEVT), sumber manusia, mutu dan penghakupayaan pensyarah/guru dan pelajar, teknologi digital, kebolehpasaran graduan, perpaduan, pengantarabangsaan, peranan ibu bapa dan alumni, kerjasama semua pemegang taruh dan kewangan.