Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Darat ke-91

Iklan
Sultan Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-91 kepada seluruh warga Tentera Darat (TDM) dan veteran.

Dalam catatan di Facebook pada Jumaat, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada anggota Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara serta pengorbanan tanpa mengira masa dalam menjaga keselamatan rakyat.

Iklan
Iklan

Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota TDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

Iklan

"Jasa dan pengorbanan mereka semua tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit,” titah Sultan Ibrahim.

Hari Tentera Darat disambut pada setiap 1 Mac bagi mengukuhkan kesatuan warganya serta mengeratkan hubungan TDM dengan masyarakat, selain mengenang kembali pengorbanan warga TDM terdahulu yang berjuang demi mengekalkan kedaulatan tanah air.

Iklan

Sempena Hari Angkatan Tentera Darat ke-91 ini, pelbagai program bersama masyarakat di Dataran Segamat, Johor diadakan sejak semalam hingga hari ini, antaranya persembahan Tatu TDM, Pameran Kerjaya dan Aset TDM. - Bernama