Imigresen cekup 14 warga asing

Iklan
Sebahagian warga asing yang ditahan. - Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan seramai 14 warga asing dalam satu operasi bersepadu bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PLUS di Plaza Tol Skudai, arah selatan pada Khamis.

Menurut Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir, kesemua warga asing yang ditahan melibatkan lima lelaki warga India, dua lelaki dan empat wanita (Indonesia), dua lelaki (Bangladesh) dan seorang lelaki warga Pakistan berusia antara 23 hingga 50 tahun.

Iklan
Iklan

"Kesemua mereka dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa.

Pihak JIM turut melakukan pemeriksaan di atas bas. - foto JIM Johor

"Sebanyak satu notis untuk hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu Baharuddin berkata, pihak JIM Johor akan terus bekerjasama dengan semua jabatan penguat kuasa lain di negeri ini dan mempergiatkan lagi operasi bagi membanteras lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Iklan

"JIM turut memandang serius terhadap isu warga asing yang menyalahgunakan pas/permit yang diberikan.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI yang didapati melanggar undang-undang,” katanya.