Poster Himpunan Pertahankan Kepimpinan Ulama palsu - Pas

Iklan
Pas menegaskan poster Himpunan Pertahankan Kepimpinan ulama adalah palsu.

SHAH ALAM - Pas menegaskan poster ‘Himpunan Pertahankan Kepimpinan Ulama’ yang tular adalah palsu.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya tidak ada merancang sebarang himpunan untuk dilakukan seperti yang didakwa.

Ahmad Fadhli Shaari

"Dah terdesak barangkali pihak-pihak tertentu sehingga menyebarkan poster palsu sebegini,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Jumaat.

Iklan

Dalam poster berkenaan turut menyatakan himpunan itu akan dilakukan pada hari ini selepas solat Jumaat di masjid-masjid negeri seluruh Malaysia.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28