Lima rumah setinggan terbakar

Iklan
Lapan penduduk hilang tempat tinggal apabila lima rumah setinggan di Jalan Mak Intan, Kampung Durian dekat Teluk Intan, terbakar pada Khamis. Foto ihsan Bomba Perak

TELUK INTAN - Lapan penduduk hilang tempat tinggal apabila lima rumah setinggan di Jalan Mak Intan, Kampung Durian di sini, musnah dalam kebakaran pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, sepasukan 20 anggota bomba diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.27 malam.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan lima rumah bersambung, empat daripadanya berpenghuni manakala sebuah lagi dijadikan stor menyimpan barang-barang binaan.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa berjaya melarikan diri. Kelima-lima rumah musnah 85 hingga 90 peratus," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, operasi pemadaman turut dibantu 41 anggota bomba dari BBP Hutan Melintang, BBP Bidor serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan, Langkap dan Batu 12.

Tambah beliau, operasi tamat pada jam 10.50 malam.

Iklan

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28