Dua beranak trauma terjatuh 'roller coaster'

Iklan
Video tular yang dikongsi di media sosial.

RAUB -"Trauma dibuatnya dan serik dah naik roller coaster selepas ini," kata seorang peniaga, Nur Izzati Mohamed Kamil, 30, dari Felda Sungai Koyan selepas terjatuh bersama anaknya daripada permainan tersebut di sebuah tapak pesta ria, di sini pada Ahad lalu.

Sebelum ini tular di media sosial dengan beberapa klip video yang dikongsi memaparkan situasi yang dialami oleh dua beranak tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, Nur Izzati menaiki permainan itu bersama anak sulungnya, Nur Qaseh Lillya Qahirah Muhamad Syahrun Naim, 9, manakala suaminya, Muhamad Syahrun Naim Shaharuddin, 30, bersama anak bongsu, Muhamad Khalish Anaqi, 5, menunggu di bawah.

Kejadian tersebut menyebabkan Nur Izzati patah tulang rusuk kiri dan anaknya mengalami kecederaan pada lutut.

Iklan

"Sebenarnya itu kali pertama saya naik dan sebelum nak balik, tiba-tiba tergerak hati nak cuba.

"Dan pada pusingan terakhir, dah nak sampai ke penghujung, gerabak yang dinaiki tergelincir dari landasan menyebabkan saya dan anak terjatuh, kebetulan malam itu hanya saya dua beranak sahaja naik," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Ujarnya, pemilik pesta ria tersebut telah datang dari Johor melawat di kediamannya pada Selasa.

Dalam pada itu, dia berharap pengusaha pesta ria yang ada di negara ini memantau dan memastikan segala peralatan dan permainan yang disediakan selamat untuk pengunjung bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28