Cuaca kering dan panas

Iklan
Seorang pengunjung menyejukkan badannya dengan air pancuran yang sedang berfungsi membasahkan rumput padang pada tinjauan di Padang Kota Lama hari ini.

MET Malaysia dalam kenyataan di laman sesawang menjangkakan cuaca kering dan panas di beberapa tempat dengan suhu melebihi 35 darjah celcius terutamanya di utara Semenanjung dan Sabah.

Namun, hujan berserta ribut petir berpotensi berlaku mulai hujung minggu ini di beberapa tempat di kawasan pendalaman dan barat Semenanjung.

Keadaan ini boleh meredakan cuaca panas di kawasan tersebut.