Dedah rakaman audio, SPRM langgar Perlembagaan: Ramkarpal

Iklan
Ramkarpal Singh mengadakan sidang media pada sesi pendengaran awam mengenai rang undang-undang IPCMC di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh secara peribadi mengkritik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio kepada umum sebagai tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar hak privasi pihak terlibat.

Beliau berkata, walaupun perbualan itu mungkin membuktikan kesalahan jenayah sepatutnya SPRM atau polis menjalankan siasatan terlebih dahulu dan menyerahkan bukti kepada mahkamah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekiranya trend tersebut berterusan, wujud persepsi dalam kalangan masyarakat menyatakan seseorang itu terlebih dahulu didapati bersalah sebelum melalui proses perundangan di mahkamah.

"Sekiranya terdapat bukti terhadap individu terlibat dalam rakaman tersebut, tuduh mereka dan bentangkan kesemua bukti (rakaman) itu di mahkamah untuk dipertimbangkan.

Iklan

"Selain itu mereka yang dituduh mempunyai hak untuk mencabar rakaman itu di mahkamah dan hakim akan membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, walaupun SPRM sebuah agensi bebas, mereka masih tertakluk kepada undang-undang negara yang perlu dipatuhi.

Iklan

"Apa yang dilakukan oleh SPRM (pendedahan rakam audio perbualan) tidak selari dengan peruntukan undang-undang.

"Mengintip perbualan telefon pihak lain mungkin tidak mengikut Perlembagaan walaupun ada dalam undang-undang negara pada hari ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

Tindakan undang-undang terhadap Latheefa, SPRM