Beg bikin ketrampilan lelaki

Iklan
BEG bimbit pernah menjadi trending pada era 60-an terutamanya dalam filem aksi perisik terkenal, James Bond.

BUKAN sekadar beg biasa-biasa sesuai dimuatkan dengan pelbagai item peribadi. Bagi jejaka yang mementingkan kekemasan dan bukan jenis yang semberono, pemilihan beg harus padan dengan penggunaannya.

Jika mahu ke pejabat, stailnya mestilah berbeza berbanding beg menghadiri majlis rasmi mahupun bersantai atau bercuti.

Iklan
Iklan

Jika seseorang lelaki suka membawa gajet yang banyak, pastinya sebuah beg yang mempunyai lebih kompartmen diperlukan supaya barangan bernilai itu boleh disimpan dengan lebih selamat.

Kepada jejaka yang sedang mentransformasikan diri menjadi seorang yang lebih bergaya, maskulin dan mahu sentiasa diri tampak lebih sofistikated di hadapan umum, mungkin cadangan jenis beg yang e-Trend kemukakan boleh dirujuk sebagai panduan asas.

Iklan

Mana tahu ia membantu kepada transisi anda menjadi lelaki yang lebih berketrampilan pada tahun 2020 ini.

KOMPARTMEN beg ransel yang besar dan boleh memuatkan kesemua item peribadi seperti peranti elektronik, bekal makanan atau pakaian ke gimnasium.

1. Beg ransel

Iklan

Antara pilihan beg yang paling popular dalam kalangan lelaki kerana rekaan yang besar dan boleh memuatkan kesemua item peribadi seperti peranti elektronik, bekal makanan atau pakaian ke gimnasium.

Beg jenis itu juga sesuai dipakai dengan fesyen street wear yang santai dan boleh dibawa ketika aktiviti ekstrem seperti mendaki atau backpackers.Namun tidak sesuai digunakan untuk golongan profesional jika digandingkan dengan sut dan blazer formal.

LEBIH dikenali dengan nama satchels kerana rekaan beg bimbitnya yang klasik dengan tali silang.

2. Beg posmen

Lebih dikenali dengan nama satchels kerana rekaan beg bimbitnya yang klasik dengan tali silang. Cukup popular dalam kalangan lelaki yang cool dan sukakan kelainan.

Direka dengan fabrik kalis air, beg seperti pembawa surat surat zaman dahulu kala itu juga didatangkan dengan jenis kulit yang cukup berkualiti dan ia boleh diakses dengan satu ‘pintu’ beg.

BEG bimbit pernah menjadi trending pada era 60-an terutamanya dalam filem aksi perisik terkenal, James Bond.

3. Beg bimbit

Masih belum pupus dek kepesatan fesyen terkini lebih-lebih beg bimbit itu pernah menjadi trending pada era 60-an terutamanya dalam filem aksi perisik terkenal, James Bond.Kini, rekaannya dilihat lebih sporty dan elegan untuk si jejaka korporat untuk menyimpan komputer peribadi dan dokumen-dokumen penting.

Jika inginkan penampilan yang formal, pilihan beg bimbit seperti ini sangat disyorkan. Memang lelaki yang memakainya nampak lagi kacak!

PILIHAN beg tangan lelaki yang direka khas untuk gaya stailo menarik tanpa meminggirkan item penting seperti notepad, komputer riba dan aksesori peribadi lain.

4. Beg tangan

Bukan hanya untuk wanita, beg tangan lelaki juga direka khas untuk gaya stailo yang menarik tanpa meminggirkan item penting seperti notepad, komputer riba dan aksesori peribadi lain.

Ada yang didatangkan dengan fabrik tahan lasak, kalis air dan terdapat diperbuat daripada kulit haiwan. Namun harganya agak tinggi sedikit.

BEG tote turut menjadi pilihan gaya beg yang santai dan ringkas.

5. Beg tote

Satu lagi pilihan gaya beg yang santai dan ringkas.

Materialnya daripada kanvas yang murah namun ketahanannya agak berbaloi.

Jangan tidak percaya, kebanyakan syarikat gergasi kini membuat beg seperti itu sebagai kompartmen komputer riba dengan zip penuh.

Saiznya yang praktikal memudahkan ia digalas ke mana-mana sahaja destinasi.