Ahli politik Britain menang PRK dengan kempen Pro-Palestin

Iklan
George Galloway. Foto AFP

MOSCOW - Ahli politik Britain George Galloway meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Rochdale dengan menjadikan sokongan terhadap Semenanjung Gaza sebagai modal kempen pilihan raya, lapor Sputnik.

Menurut media tempatan yang merujuk data Parlimen, pemimpin Parti Pekerja itu mendapat 39.7 peratus undi manakala pencabar utamanya, calon Bebas David Tully memperoleh 21.3 peratus undi.

Iklan
Iklan

"(Pemimpin parti Buruh) Keir Starmer, ini untuk Gaza. Anda telah membayar dan akan membayar harga yang tinggi untuk peranan yang telah anda mainkan dalam membolehkan, menggalakkan dan menyembunyikan bencana yang sedang berlaku di Palestin yang diduduki dan di Semenanjung Gaza," kata Galloway dalam ucapan kemenangan beliau pada Jumaat.

Semasa kempen pilihan raya beliau, Galloway memberikan perhatian besar kepada konflik yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, mengutuk tindakan tentera Israel dan mengkritik cara pemimpin politik Britain mengendalikan konflik berkenaan.

Iklan

Ini menjadikan bekas Ahli Parlimen Parti Buruh itu popular dalam kalangan pengundi Islam yang membentuk satu pertiga daripada penduduk Rochdale.

PRK itu diadakan untuk menggantikan penyandang, Sir Tony Lloyd dari Parti Buruh yang meninggal dunia pada Januari. - Bernama-Sputnik

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28