Terbuka Switzerland uji semula gandingan Roy King-Wan Arif

Iklan
Roy King (kanan) dan Wan Arif. - Foto facebook BAM

KEJOHANAN badminton Terbuka Switzerland menjadi medan membentuk kembali keserasian beregu lelaki negara Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi yang digandingkan semula selepas tiga bulan terpisah.

Beregu yang mula digandingkan pada Mac tahun lepas itu mencuri tumpuan setelah meraih beberapa kejuaraan termasuk juara kebangsaan sebelum langkah mereka terhenti apabila Roy King mengalami kecederaan lutut pada Disember.

Iklan
Iklan

Roy King ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara mengakui teruja apabila dapat kembali menyertai kejohanan selepas berehat panjang, namun pada masa sama berwaspada agar kecederaan tidak berulang.

Selain turun dalam acara beregu lelaki, pemain berusia 23 tahun itu akan berpasangan dengan Valeree Siow dalam acara beregu campuran.

Iklan

Sementara itu, Wan Arif yang teruja gandingannya sudah pulih dan kembali ke gelanggang berharap mereka dapat mengatur rentak secepat mungkin bagi membina semula keserasian sekali gus mencipta keputusan yang baik di kejohanan Super 300 itu.

"Perasaan itu lain sebab daripada Disember lagi kami tidak berlatih bersama dan saya turut bertukar-tukar gandingan.

Iklan

"Bagaimanapun, kami tidak mahu sasaran (suku akhir) itu dijadikan beban kerana apa yang penting kami hanya nak berikan persembahan terbaik setiap kali beraksi,” katanya yang tekad memperbaiki kelemahan mereka khususnya ketika dalam detik penting menuju mata kemenangan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28