Kod Etika Wartawan Malaysia tidak beri konotasi negatif - Nie Ching

Iklan
Nie Ching (kanan) ketika menghadiri sesi rakaman temu bual eksklusif di Bernama Radio di Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan baru-baru ini adalah sebagai usaha memperkasa peranan wartawan dalam penyampaian berita dan maklumat, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Menyangkal dakwaan kononnya kod etika itu memberikan konotasi negatif kepada bidang kewartawanan, Nie Ching menegaskan kod itu sudah wujud sejak 1989 dan pembaharuan serta penambahbaikan itu perlu dilakukan seiring peredaran semasa agar kekal relevan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kod etika itu juga dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan bagi tujuan pengeluaran serta pembatalan kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

"Kod etika ini sudah lama wujud dan untuk mengatakan ia memberi konotasi yang negatif, itu amat tidak tepat.

Iklan

Terdahulu, Nie Ching hadir ke Bernama Radio hari ini untuk rakaman program sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Pada 20 Februari lepas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang mengandungi lapan etika utama antaranya wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Iklan

Etika lain ialah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28