Bersatu adakan Perhimpunan Agung Khas esok

Iklan

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijadual mengadakan Perhimpunan Agung Khas parti itu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Sabtu.

Berdasarkan surat yang diedar kepada pihak media, perhimpunan berkenaan dijangka berlangsung dua jam mulai 3 petang dengan turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti itu termasuk Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

Usul utama yang akan di bawa pada Perhimpunan Agung Khas tersebut membabitkan pindaan perlembagaan parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris sebelum ini berkongsi surat maklumat mengenai Perhimpunan Agung Khas parti itu yang dijadual berlangsung pada 2 Mac.

Iklan

Perhimpunan khas tersebut dijangka meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam ahli Parlimen parti itu menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Iklan

Pada 29 Januari lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilapor berkata, parti itu memutuskan meminda Perkara 10 dalam perlembagaan bagi menghalang insiden sama berulang, selain sedia berdepan pilihan raya kecil (PRK) jika berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28