Pemilik syarikat direman bantu kes tuntutan RM1 juta

Iklan
Pemilik syarikat (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM - Seorang pemilik syarikat direman selama lima hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan lebih RM1 juta menggunakan dokumen mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah yayasan di negeri ini, dua tahun lalu.

Majistret, Ellyna Othman mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Lelaki berusia 50-an itu direman sehingga Selasa depan bagi siasatan berkaitan kes tuntutan bagi pembekalan produk kepada peserta yang berdaftar di bawah satu skim.

Menurut sumber, kes dikesan berlaku pada tahun 2022 sedangkan perkhidmatan pembekalan berkenaan tidak dilaksanakan.

Iklan

"Suspek ditahan pada jam 10 malam Khamis, ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28