Pengetua dipecat kerana curi kopi RM15

Iklan
Gara-gara mencuri kopi di kedai serbaneka, seorang pengetua sekolah berdepan padah setelah dia akhirnya dipecat kerana perbuatan itu.(Gambar hiasan) Foto 123rf

TOKYO - Gara-gara mencuri kopi di kedai serbaneka, seorang pengetua sekolah berdepan padah setelah dia akhirnya dipecat kerana perbuatan itu.

Akhbar The Asahi Shimbun melaporkan kejadian itu berlaku di Takasago pada Disember 2023.

Iklan
Iklan

"Pada mulanya dia membayar untuk kopi bersaiz biasa yang dijual pada mesin layan diri di premis tersebut. Pengetua sekolah tinggi junior itu bagaimanapun tidak jujur apabila dia menekan kopi untuk saiz besar.

"Dia dikatakan melakukan perbuatan sama beberapa kali. Kali terakhir bagaimanapun kantoi selepas disedari kakitangan kedai serbaneka tersebut yang kemudiannya melaporkan kepada polis," jelas laporan itu lagi.

Iklan

Difahamkan, lelaki itu mengaku telah melakukan perbuatan tersebut sebanyak tujuh kali sejak Jun 2023 yang melibatkan kerugian berjumlah 490 yen (RM15).

Menurut SoraNews24, harga kopi bersaiz biasa di premis itu adalah 110 yen (RM3.50) manakala untuk saiz besar dijual pada harga 180 yen (RM5.70).

Iklan

Sebagai 'hukuman' ke atasnya, Lembaga Pendidikan Wilayah Hyogo telah memecat lelaki tersebut dan membatalkan lesen mengajarnya pada 30 Januari lalu.

Selain itu, wang persaraannya juga dikurangkan sebanyak 20,000 yen (RM630).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28