SST 8 peratus hanya untuk beberapa perkhidmatan Unifi - TM

Iklan
Hanya beberapa perkhidmatan di bawah jenama Unifi terlibat dengan kenaikan kadar SST kepada lapan peratus.

SHAH ALAM - Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan hanya beberapa perkhidmatan di bawah jenama Unifi terlibat dengan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus.

Menerusi dokumen soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan TM di laman sesawangnya, kadar cukai baharu itu hanya dikenakan bagi kategori teknologi maklumat, iklan, perkhidmatan pengurusan, perundingan, perkhidmatan latihan dan bimbingan serta perkhidmatan digital domestik.

Iklan
Iklan

Bagi servis yang berkait kredit telekomunikasi, empat perkhidmatan utama dicaj kadar SST lapan peratus.

Ia membabitkan kandungan Unifi TV yang dilanggan secara ‘standalone’ (seperti sewa filem), perkhidmatan awan, solusi pemasaran digital perniagaan Unifi dan perkhidmatan keselamatan.

Iklan

Ia bermaksud kadar SST untuk pek TV Unifi tidak mengalami sebarang perubahan dan sama seperti sebelumnya

Selain itu, kadar SST bagi servis telekomunikasi juga kekal pada enam peratus merangkumi Unifi Broadband, Unifi Mobile, dan Unifi Fixed Line.

Iklan

Berkuat kuasa pada Jumaat, kadar SST naik kepada lapan peratus, berbanding enam peratus sebelum ini.

Peningkatan kadar SST baharu ke lapan peratus itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Bajet 2024 pada Oktober lalu.

Kadar baharu berkenaan begitupun tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28