Dua wanita ditahan seludup pil yaba lebih RM120,000

Iklan
Dua wanita ditahan kerana disyaki menyeludup 20,000 pil yaba yang dianggarkan bernilai RM128,480. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Dua wanita ditahan kerana disyaki menyeludup 20,000 pil yaba yang dianggarkan bernilai RM128,480.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua suspek yang berumur 32 dan 38 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, di sini, Isnin lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis telah memeriksa kereta berkenaan pada 2.30 petang dan menemukan satu tong putih yang di dalamnya terdapat satu guni mengandungi pil-pil yaba seberat 2,530 gram.

Muhamad Zaki berkata, kedua-dua wanita itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Sementara itu katanya, seramai 376 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam operasi bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 25 Februari hingga semalam.

Menurut Muhamad Zaki, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 15 hingga 65 tahun yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun 1952.

Iklan

"Pelbagai jenis dadah dirampas dianggarkan bernilai RM400,716 manakala harta yang disita terdiri daripada kenderaan dan wang tunai bernilai RM73,949.81,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28