Dune: Part Two sajian epik penuh estetika

Iklan
Perjuangan Paul Atreides berterusan dalam Dune: Part Two.

SELEPAS Dune ditayangkan pada tahun 2021, sudah ramai sebenarnya yang sudah tidak sabar menantikan bahagian keduanya ditayangkan di pawagam.

Masih mengekalkan Denis Villeneuve selaku sutradara, bahagian kedua menyaksikan kepulangan Timothee Chalamet, Rebecca Ferguson, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Zendaya, Javier Bardem, dan Josh Brolin.

Iklan
Iklan

Menyertai mereka ialah Christopher Walken sebagai Maharaja Shaddam IV, Florence Pugh sebagai Puteri Irulan, Austin Butler sebagai Feyd-Rautha, dan Léa Seydoux sebagai Lady Margot.

Antara babak menarik dalam Dune: Part Two.

Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides (Chalamet) yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang, filem kali ini tidak hanya mempersembahkan visual yang mengagumkan, tetapi juga membawa penonton ke dunia fiksyen yang mengasyikkan.

Iklan

Villeneuve secara efektif membahagikan novel epik Frank Herbert menjadi dua bahagian dan Part Two ini bukan hanya sekadar sebuah kisah daripada novel tetapi satu terjemahan seni yang hampir cukup sempurna serta menghiburkan.

Segelintir peminat mungkin merasakan seperti kehilangan elemen tertentu, tetapi Villeneuve mempunyai sebab untuk tidak terlalu terikat kepada sumber iaitu novelnya.

Iklan

Filem ini bukan sekadar persembahan dan aksi visual, tetapi turut menyampaikan naratif yang mengalir dengan lancar.

Timothee Chalamet tampil cemerlang sebagai Paul Atreides.

Dalam membawa cerita ke skrin besar, Villeneuve dan penulis Jon Spaihts berjaya mengekalkan fleksibiliti dan kejelasan dalam pembangunan plot.

Dune pada asasnya adalah cerita perang dan Dune: Part Two tidak perlu menunggu lama untuk melihat adegan itu berterusan.

Adegan pembukaan pantas, memperkenalkan tentera Harkonnen yang diketuai oleh Beast Rabban, mampu memberikan pertempuran yang tegang di padang pasir.

Lakonan Zendaya dan Rebecca Ferguson cukup mengagumkan.

Villeneuve berjaya memainkan kejutan dengan cemerlang, menggunakan kontras antara terang dan gelap untuk mencipta ketegangan yang menarik.

Tambahan pula dengan lakonan mantap para pemainnya, bahagian kedua ini terasa lebih sempurna daripada naskhah pertama.

Bagi penulis, Dune: Part Two bukan sekadar sekuel yang meluaskan legasi Dune, tetapi mewujudkan dunia yang terasa dekat dengan kekejaman, ketamakan dan permainan kuasa dunia sebenar kita.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28