Mason Greenwood tak perlu balik EPL

Iklan
Greenwood (kiri) semakin mendapat tempat di hati peminat Getafe. Foto Agensi

PRESIDEN La Liga, Javier Tebas menasihati Mason Greenwood supaya kekal beraksi di Sepanyol.

Greenwood yang kariernya di England hampir musnah akibat kes serangan seksual digantung Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Januari 2022.

Iklan
Iklan

Namun, dakwaan ke atas penyerang Manchester United itu digugurkan Februari tahun lalu berikutan penarikan diri saksi dan bukti baharu ditemui.

Susulan itu, Greenwood yang kontraknya akan tamat pada Jun 2025 dipinjamkan ke kelab Getafe selama satu musim bagi membina semula kariernya.

Iklan

"Mason bermain dengan baik sekali di La Liga bersama Getafe, jadi kenapa perlu dia kembali ke EPL?

"Saya jamin kariernya akan berkembang di Sepanyol dan itu juga baik bagi La Liga.

Iklan

"Lagipun, undang-undang menyatakan dia tidak bersalah, jadi apa lagi yang harus kita lakukan?” ujar Tebas.

Tebas mengeluarkan Kenyataan itu selepas pemilik bersama United, bilionair Sir Jim Ratcliffe sedia menerima semula Greenwood.

Pemain berusia 21 tahun itu mempunyai ramai peminat di La Liga, malah sejumlah kelab termasuk Barcelona, Real Sociedad dan Athletico Madrid dikatakan mahu mendapatkan khidmatnya pada musim panas nanti.

Greenwood sebelum ini mengaku dia telah membuat kesilapan, namun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terhadap dirinya.

Sebagai rekod, Greenwood telah menjaringkan tujuh gol dalam 25 penampilan bersama Getafe dalam semua pertandingan musim ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28