Gelombang protes petani landa Eropah, India
Iklan
Slogan terkenal golongan petani 'tiada petani, tiada makanan, tiada masa depan' yang menunjukkan sektor pertanian sememangnya penting untuk sesebuah negara.
BRUSSELS - Rantau Eropah dan India menyaksikan gelombang protes luar biasa dilancarkan kumpulan petani kerana membantah dasar pemerintah.
Di blok Eropah, golongan tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan kerenah birokrasi, peraturan alam sekitar yang terlalu ketat, persaingan import tidak adil dan pendapatan rendah.