Tamatkan perkhidmatan anggota polis terlibat jenayah

Iklan
Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan agar kerajaan menamatkan perkhidmatan anggota polis yang disahkan bersalah melakukan pelbagai jenayah termasuk peras ugut.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu penting untuk mengekalkan integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

"Sekiranya terdapat bukti yang mencukupi dan didapati bersalah, langkah seterusnya yang boleh diambil termasuklah pemecatan daripada perkhidmatan polis.

Pada Rabu, media melaporkan kesemua 10 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam yang sebelum ini ditahan bagi membantu kes peras ugut membabitkan RM35,000 telah dipindahkan ke beberapa IPD dalam kontinjen Johor.

Iklan

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tindakan tersebut telah diambil sementara siasatan terperinci dijalankan.

Kes pemerasan itu terbongkar apabila seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun dikatakan membuat laporan mendakwa seorang anggota polis meminta wang RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Iklan

Tambah Jais, tindakan PDRM memindahkan anggotanya yang terlibat jenayah peras ugut berkenaan merupakan langkah tepat bagi membendung kes itu berulang dalam jabatan tersebut.

Langkah tersebut turut menunjukkan tindakan tegas pihak berkuasa terhadap anggotanya yang terlibat dalam aktiviti jenayah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28