PEP Guardiola mengakui tidak berminat untuk mengulas mengenai kritikan ditujukan penyokong-penyokong Manchester United terhadap Erik ten Hag menjelang perlawanan derbi Manchester hujung minggu ini.
Sebaliknya pengurus Manchester City itu bersedia untuk mengalu-alukan rakan sejawatannya dari Manchester United ke Stadium Etihad untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris berintensiti tinggi pada Ahad.
Sebelum ini gaya permainan Ten Hag tidak selalu meyakinkan penyokong-penyokong setia The Red Devils di Old Trafford, walaupun pada hakikatnya United memenangi enam kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.
The Red Devils sebelum ini berdepan kepayahan untuk menyingkirkan cabaran Nottingham Forest dalam Pusingan Kelima Piala FA di Stadium City Ground.
Namun apabila diminta mengambil kira kritikan yang dilemparkan terhadap Ten Hag mengenai kekurangan identiti di padang, Guardiola pantas berkata,"Saya sentiasa mengharapkan persembahan terbaik daripada pasukan lawan kami.
"Lebih baik saya tidak berkata apa-apa. Saya sangat menghormati Erik, dan pemain-pemain United. Pemain saya akan tahu apa yang mereka perlu lakukan hari ini dan esok,” kata pengendali City itu.
Sebagai rekod, City berada di bawah tekanan memburu tiga mata dalam pertarungan tiga penjuru sengit dengan Arsenal dan Liverpool untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris.
United pula sementara itu tidak mempunyai pilihan kecuali menang bagi mengelak terus tergelincir dalam usaha memburu kedudukan empat teratas kejuaraan liga.
Liga Perdana Inggeris
Jadual Perlawanan
SABTU (2 MAC)
Newcastle United lwn Wolverhampton, 11 malam
Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace, 11 malam
Nottingham Forest lwn Liverpool, 11 malam
Brentford lwn Chelsea, 11 malam
Everton lwn West Ham United, 11 malam
Fulham lwn Brighton, 11 malam
AHAD (3 MAC)
Luton Town lwn Aston Villa, 1.30 pagi
Burnley lwn Bournemouth, 9 malam
Manchester City lwn Manchester United, 11.30 malam
SELASA (5 MAC)
Sheffield United lwn Arsenal, 4 pagi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28