'Tak dapat bayang kalau Kedah tidak lagi beraksi Liga Super'

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

KELAB Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) berharap isu tunggakan gaji musim 2023 dapat diselesaikan bagi memastikan pasukan kesayangan mereka terus kekal di Liga Super 2024-2025.

Pengerusinya, Nor Hasmadi Hamzah berkata, penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC sebelum ini resah kerana tiada sebarang perkembangan sebelum hebahan rasmi oleh media KDA FC mengenai persiapan pada musim baharu pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika pasukan itu gagal beraksi di pentas Liga Super musim ini akan memberikan kesan kepada pembangunan kerana ramai pemain muda yang sedang mengasah bakat bersama Sang Kenari.

"Kami tidak dapat membayangkan kalau Kedah tidak lagi beraksi dalam Liga Super musim ini.

Iklan

"Penyokong berasa lega dengan usaha pengurusan pasukan yang berusaha menyelesaikan gaji tertunggak bagi memastikan imej bolasepak Kedah sebagai salah satu gergasi bola sepak tidak tercalar," katanya pada Sabtu.

Nor Hasmadi berkata, walaupun KDA FC masih perlu mengemukakan dokumen tambahan seperti yang disyaratkan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum 5 Mac, pengurusan kini berusaha sedang berusaha memenuhi syarat yang diperlukan itu.

Iklan

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan MFL menyifatkan masalah tunggakan gaji yang sedang dihadapi oleh pasukan KDA FC agak serius.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, KDA FC perlu melunaskan pembayaran yang besar kepada pemain dan pegawai berdasarkan tempoh bulan tunggakan.

"Saya tidak mahu buat spekulasi atau andaian Kedah akan digugurkan (daripada saingan Liga Super).

"Tetapi ini (masalah tunggakan gaji) mereka sudah sampai satu tahap yang agak serius.

"Ia bukan perkara yang MFL boleh memberikan lanjutan masa sewenang-wenangnya disebabkan kita tahu jumlah bulan tunggakan gaji itu agak banyak," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28