Wanita PKR lancar sistem ASAK, perkasa pengurusan dan tadbir urus secara digital

Iklan
Fadhlina Sidek (empat dari kanan) ketika gimik pelancaran Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) sempena Hari Wanita Sedunia di Setia Alam, Seksyen U13, hari ini. Foto Bernama

SHAH ALAM - Wanita PKR hari ini melancarkan Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus cabang wanita parti itu secara digital.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, sistem ASAK merupakan sebuah laman rasmi tertutup yang dibangunkan bagi mengatasi isu-isu berbangkit antaranya penyelarasan pengurusan keahlian dan dokumentasi di peringkat negeri dan pusat.

Iklan
Iklan

"Kita harap program ini benar-benar dapat mencapai maksud dan hasrat kita khususnya dalam konteks menyambut hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan pembudayaan digital dalam kalangan masyarakat dan kita bermula dengan parti dan Wanita PKR," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Sistem ASAK di sini hari ini.

Beliau turut berharap agar sistem berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang dan Kongres Wanita PKR tahun ini.

Iklan

Dalam pada itu, Setiausaha Wanita Pusat bagi Sayap Wanita Keadilan (PKR), Loh Ker Chean berkata, fasa dua pelaksanaan Sistem ASAK akan melibatkan ciri analisis data berkaitan demografi anggota wanitanya di setiap kawasan yang antara lain untuk memudahkan urusan pemberian bantuan.

Sistem ASAK yang merangkumi komponen maklumat, pengurusan surat menyurat, organisasi, mesyuarat dan takwim akan memantapkan dan menyeragamkan tadbir urus Wanita PKR dari peringkat kepimpinan pusat hingga ranting.

Iklan

Katanya bagi memberi kefahaman dan penerangan mengenai penggunaan sistem itu, sesi taklimat secara dalam talian akan diaksanakan pada bulan ini.

Selain itu, Wanita PKR melalui Sukarelawan ASAK juga akan turun ke negeri-negeri bagi siri jelajah dan latihan yang akan dilaksanakan pada April sehingga Julai tahun ini. - Bernama