Baddrol bakar semangat skuad bola sepak Sukma Kedah

Iklan
Baddrol (kiri) dan Shafizan (tengah) kembali bergandingan memberikan suntikan semangat kepada pasukan bola sepak Sukma Kedah. Foto FB Baddrol Bakhtiar

BEKAS ketua pasukan Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar mahu skuad bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Kedah memanfaatkan peluang diberikan untuk menyerlahkan bakat masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu berkata, pemain perlu mempamerkan bakat dan kebolehan dimiliki mereka pada temasya yang berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan di Sarawak.

Iklan
Iklan

"Saya nak cerita, permulaaan kerjaya saya bermula di saingan Sukma ini dan dari sinilah pihak atasan dan pihak persatuan akan nampak bakat-bakat kita ini untuk dipilih ke peringkat lebih tinggi nanti," katanya yang dilantik sebagai pengurus pasukan skuad bola sepak Sukma Kedah.

Seorang lagi bekas pertahanan Kedah, Shafizan Hashim pula dilantik sebagai penolong pengurus pasukan tersebut.

Iklan

Tambah Baddrol yang juga bekas pemain Harimau Malaya, perkara penting yang perlu ada dalam setiap pasukan adalah keharmonian dalam kalangan semua pemain.

"Kalau masing-masing bawa diri dan tak mahu bercampur, pasukan itu tak akan menjadi (berjaya).

Iklan

"Semua pemain juga tidak perlu rasa rendah diri kerana semua pemain berada pada tahap yang sama,” ujar beliau.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad bola sepak Sukma Kedah, Mohamad Khairul Ismail berkata, seramai 35 pemain sedang mengikuti latihan yang sudah bermula sebelum disenaraipendekkan kepada 23 pemain sahaja.

Jelasnya, pasukan kejurulatihan akan melihat kepada keperluan yang ditetapkan berdasarkan posisi pemain dan apa yang akan dirancangkan.

"Sasaran awal kami pada kejohanan ini adalah melepasi saingan suku akhir dan seterusnya berusaha mencapai keputusan terbaik nanti," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28