Konvoi motosikal bertukar tragedi, seorang maut

Iklan
Motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 27.6 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara pada Sabtu.

NILAI - Konvoi sekumpulan penunggang motosikal bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas berlanggar sesama sendiri di Kilometer 27.6 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara di sini pada Sabtu.

Kejadian jam 2.30 pagi itu melibatkan enam motosikal yang dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kajang.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Mat Ghani Lateh berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, salah seorang daripada kumpulan motosikal tersebut dipercayai telah terbabas.

"Pada masa sama, lima motosikal lain yang berada di belakang telah memperlahankan kenderaan namun tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran sesama mereka.

Iklan

"Akibat kemalangan tersebut, seorang penunggang perempuan berusia 22 tahun mengalami cedera parah pada bahagian kepala telah meninggal dunia di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, lima penunggang lain mengalami cedera ringan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk mendapatkan rawatan.

Iklan

Ujarnya, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Hannan Ibrahim di talian 06-7904404," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28