Pengarang juga mampu berpidato
Iklan
PADA dasarnya seorang pengarang itu tugasnya ialah mengarang. Menghasilkan genre-genre sastera seperti cerpen, sajak, novel dan drama.
Atau jika dia mempunyai kebolehan dalam ilmu penilaian dan analisis, maka dia boleh menulis esei dan kritikan. Seorang pengarang dalam kalangan akademia, dia menulis pula kertas kerja, laporan penyelidikan dan buku-buku kajian sastera.