Jangan sembang sahaja
Iklan
"PRESIDEN Indonesia sudah menandatanganinya, Pak.” Itu pesanan ringkas disampaikan oleh Ibu Helena Rea, seorang wartawan negara jiran itu kepada saya pada 20 Februari lalu sempena Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia.
HPN ialah perhimpunan terbesar tahunan wartawan Indonesia, diraikan setiap tahun pada 9 Februari tetapi bagi HPN 2024, ia ditangguhkan kepada 20 Februari untuk beri laluan kepada pilihan raya umum – memilih presiden dan pelbagai jawatan legislatif – nasional dan wilayah yang berlangsung 14 Februari.