Tak semua sistem ali baba berat sebelah - PKBM
Iklan
SHAH ALAM - Konsep ali baba masih boleh memberikan kesan positif terhadap industri binaan dari segi pengagihan kepakaran, pemindahan teknologi serta bantuan modal kewangan menerusi kaedah usaha sama atau perkongsian syarikat dengan usahawan kaum lain.
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata, tidak semua konsep ali baba berat sebelah dan memberi kesan buruk terhadap negara.