Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat memulakan Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 hari ini.
Melibatkan jarak kira-kira 400 kilometer, ekspedisi selama empat hari bermula hari ini dari Pekan Riverfront hingga Tanjung Gahai, Lipis itu, sekali gus melakar satu lagi sejarah bagi keluarga Diraja Pahang akan kegemilangan Sungai Pahang sebagai pengangkutan utama sejak zaman dahulu.
Ekspedisi ini melibatkan18 buah bot dan 150 peserta terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Tourism Pahang.