LANGKAWI - Raja Norway Raja Harald V akan menjalani rawatan lanjut di Rikshospitalet sebaik berangkat tiba di Norway, menurut kenyataan yang dikeluarkan kerabat diraja Norway dalam laman sesawang www.royalcourt.no.
"Baginda akan bercuti selama dua minggu. Dalam tempoh ini, Putera Mahkota akan menjalankan tugas sebagai pemangku raja,” menurut kenyataan itu.