Chelsea sedang berjuang sehabis baik

Iklan
Mauricio Pochettino Foto AFP

SATU mata diraih Chelsea ketika berkunjung ke Stadium Komuniti Gtech menentang Brentford menyaksikan pemilik dan pengendali terus menjadi sasaran amarah penyokong-penyokong The Blues.

Pemenang dua kali Liga Juara-Juara, yang turut memenangi kejuaraan Inggeris lima kali antara 2005 dan 2017, mengalami musim kedua mengecewakan.

Iklan
Iklan

Malah dua tahun selepas konsortium diketuai pemilik dari Amerika Syarikat (AS) mengambil alih kelab dan melabur sejumlah wang dalam pembelian pemain, situasi tidak menunjukkan petanda positif.

Penyokong-penyokong Chelsea mula melaungkan nama Roman Abramovich ketika cuba membezakan kejayaan kelab itu di bawah bekas pemilik dari Rusia dan pemilik terkini Todd Boehly.

Iklan

Kemudian diikuti laungan nama seorang lagi bekas pengurus Jose Mourinho yang memenangi tiga kejuaraan liga di Stamford Bridge dibandingkan rekod Mauricio Pochettino di Tottenham Hotspur sebelum ini.

Ini jelasnya selepas rombakan yang menyaksikan rentetan pemain muda dan tidak berpengalaman menyertai kelab itu dengan pasukan yang berjaya pada masa lalu.

Iklan

"Kami bekerja sangat keras untuk memenangi perlawanan dan pasukan sedang berjuang.

"Kami juga bertarung dengan keletihan selepas bermain 120 minit ketika tewas kepada Liverpool dalam final Piala Liga Ahad lalu sebelum menewaskan Leeds United dalam Piala FA pada Rabu.

"Saya berjuang sepenuh hati cuba menyediakan pasukan terbaik untuk bekerja dan bertambah baik serta bermain dengan cara terbaik,” kata Pochettino.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28