Dividen konvensional KWSP perlu 'dibersih' - Dr Zaharuddin

Iklan
Zaharuddin

SHAH ALAM - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam wajar membuat pembersihan berjumlah 66 peratus daripada dividen simpanan konvensional yang diumumkan.

Pakar Kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, tindakan tersebut perlu dibuat bagi mereka yang hanya menginginkan pendapatan halal dan bersih.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah dividen simpanan syariah tahun 2023 adalah 5.4 peratus, manakala simpanan konvensional sebanyak 5.5 peratus.

"Namun bagi mereka yang inginkan pendapatan halal lagi bersih sahaja, 66 peratus daripada jumlah dividen konvensional itu mesti dibersihkan.

Iklan

"Ini menjadikan dividen patuh syariah KWSP konvensional yang halal dinikmati hanyalah sebanyak 1.87 peratus.

"Jika dividen konvensional itu nilainya RM10,000 maka RM6,600 perlu dibersihkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Pada Ahad, KWSP mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, angka tersebut membabitkan agihan sejumlah RM50.3 bilion bagi konvensional manakala RM7.5 bilion untuk syariah.

Dalam masa sama, Zaharuddin menjelaskan, pembersihan dividen simpanan konvensional boleh menggunakan wang sedia ada yang bukan dalam simpanan KWSP.

"Boleh disalurkan jumlah tersebut kepada faqir miskin atau keperluan awam, diniatkan pembersihan.

"Boleh mengetahui jumlah dividen terbaharu dalam RM melalui KWSP i-akaun.

"Pembersihan tidak diperlukan bagi dividen simpanan syariah," katanya.

Justeru ujar beliau, lebih 70 peratus pencarum Muslim yang masih dalam simpanan konvensional wajib mengubah ke simpanan syariah yang pada masa ini perlu dilakukan sendiri oleh pencarum.

"Pelajarilah hal ehwal halal haram dalam pendapatan kita, kehidupan duniawi hanya sementara, jangan kerana RM, kita kesusahan di akhirat yang kekal kelak.

"Bertukar kepada yang halal sangat berbaloi dan tidak akan mengundang kemiskinan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28