'Happy hour' PJR tawar harga istimewa buat pengunjung

Iklan
Ibu bapa tidak melepaskan peluang membeli pensel warna bernilai RM5 setiap satu sempena 'happy hour'. Gambar kecil: Mohd Shahfarin dan Norin Farazila

MARAN - Harga pensel warna serendah RM5 serta minyak masak lima kilogram bernilai RM20 antara barangan yang menjadi tumpuan pengunjung di Karnival Jualan Rahmah Madani Peringkat Negeri Pahang 2024 pada Ahad.

Harga istimewa itu antara tarikan sempena 'happy hour' membabitkan pelbagai barangan antaranya beg sekolah, ayam, beras serta kicap yang ditawarkan sempena karnival yang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh di Dataran Anjung, Pusat Bandar Jengka dekat sini.

Iklan
Iklan

Hadir sama,Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Jezlily Jamaluddin.

Turut menjadi tumpuan dalam karnival itu, jualan 'Kembali Ke Sekolah' yang menawarkan jualan pakaian, kasut sekolah serta peralatan persekolahan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada pasaran.

Iklan

Seorang pembantu kedai, Norin Farazila Fadzil, 37, menyifatkan jualan itu banyak mengurangkan beban ibu bapa.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Shahfarin Saidan, 37, dari Felda Jengka 24 itu turut memuji usaha jualan kembali ke sekolah dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Fuziah (dua dari kanan) bersama Amizar (tiga dari kanan) ketika menawarkan harga 'happy hour' untuk beg sekolah bernilai RM15 buat pengunjung karnival pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, Fuziah berkata, pihak kementerian telah melaksanakan 6,870 Program Jualan Rahmah (PJR) melibatkan 222 Parlimen dan 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada tahun lepas dengan 9.2 juta pengunjung direkodkan dalam tempoh tersebut.

"Untuk peringkat negeri pula pada tahun lepas sebanyak 486 PJR di seluruh 14 parlimen dan 42 DUN telah diadakan," katanya.